Isnin, 18 Julai 2011

Aisyah Binti Abu Bakar

Isteri Rasulullah SAW 


Aisyah Binti Abu Bakar rha – (Puteri Sahabat Nabi, Isteri Nabi)

Seorang gadis kecil periang berumur sembilan tahun sedang gembira bermain-main dengan teman-temannya. Rambutnya kusut dan mukanya kotor berdebu. Tiba-tiba beberapa orang yang sudah agak tua muncul dari sebuah rumah di dekat situ dan datang ke tempat anak-anak tadi bermain-main. Mereka lalu membawa anak gadis itu pulang, memberinya pakaian yang rapi, dan malam itu juga, gadis itu dinikahkan dengan laki-iaki paling agung di antara manusia, Nabi ummat Islam. Suatu penghormatan paling unik yang pernah diterima seorang wanita. Aisyah adalah salah seorang puteri tersayang Sayidina Abu Bakar ra, sahabat Nabi yang setia, yang kemudian menggantikan Nabi sebagai Khalifah Islam yang pertama. 

Aisyah rha. lahir di Mekkah 614 Masehi, lapan tahun sebelum permulaan zaman Hijrah. Kedua ibubapanya sudah memeluk agama Islam. Sejak mulai kecil anak gadis itu telah dididik sesuai dengan tradisi paling mulia, agama Islam dan dengan sempurna dipersiapkan dan diberinya hak penuh untuk kemudian menduduki tempat yang mulia. Ia menjadi isteri Nabi selama sepuluh tahun. Masih muda sewaktu dinikahkan dengan Nabi, tetapi ia memiliki kemampuan sangat baik sehingga dapat menyesuaikan diri dengan tugas barunya. Kehadirannya membuktikan bahwa ia seorang yang cerdas dan setia, dan sebagai isteri, sangat mencintai tokoh dermawan paling besar bagi umat manusia. 

Di seluruh dunia, ia diakui sebagai pembawa riwayat bagi ajaran Islam seperti apa yang telah disunahkan oleh suaminya. Ia di anugerahi ingatan yang sangat tajam, dan mampu mengingat segala pertanyaan yang diajukan para tamu wanita kepada Rasulullah SAW, serta juga mengingat segenap jawapan yang diberikan oleh Rasulullah. Diingatnya secara sempurna semua yang disampaikan Nabi kepada para tetamu dan jemaah di masjid. Kerana bilik Aisyah itu bersebelahan dengan masjid, dengan cermat dan tekun ia mendengarkan dakwah, ta'lim, dan mudzakarah Nabi dengan para sahabat dan orang-orang lain. Ia mengajukan juga pertanyaan-pertanyaan kepada Nabi tentang soal-soal yang sulit dan rumit sehubungan dengan ajaran agama Islam. Hal-hal inilah yang menyebabkan ia menjadi ilmuwan dan periwayat yang paling besar dan paling otentik bagi sunnah Nabi dan ajaran Islam. 

Aisyah tidak ditakdirkan hidup bersama-sama dengan Nabi untuk waktu yang lama. Pernikahannya itu berlangsung hanya sepuluh tahun saja. Tahun 11 Hijrah, 632 Masehi, Nabi SAW wafat dan dimakamkan di bilik yang dihuni Aisyah. Nabi digantikan oleh seorang sahabat besar yang setia, Abu Bakar ra, sebagai khalifah islam yang pertama. Aisyah terus menduduki urutan pertama, dan setelah Fathimah rha. Meninggai dunia di tahun 11 Hijrah, Aisyah dianggap sebagai wanita yang paling penting di dunia Islam. Tetapi ayahnya, Abu Bakar, tidak berumur panjang. Ia meninggal dunia dua setengah tahun setelah wafatnya Rasulullah SAW. Selama kekuasaan Umar al-Faruq, khalifah yang kedua, Aisyah menduduki posisi sebagai ibu utama di seluruh daerah-daerah Islam yang secara cepat makin meluas. Orang datang untuk meminta nasihat-nasihatnya yang bijaksana tentang segala hal yang penting. Umar terbunuh dan kemudian Khalifah Usman. 

Dua peristiwa kesyahidan tersebut telah menggoncangkan sendi-sendi Islam, dan menjurus kepada perpecahan yang tragis di kalangan umat Islam. Keadaan itu sangat merugikan agama yang sedang menyebar luas dan berkembang dengan cepat, yang pada waktu itu telah menjalar sampai ke batas pegunungan Atlas di sebelah Barat, dan ke puncak-puncak Hindu Kush di sebelah Timur. 

Aisyah tidak dapat duduk diam sebagai penonton dalam menghadapi bait-bait pemecah-belah itu. Dengan sepenuh hati ia membela mereka yang menuntut balas atas kesyahidan khalifah yang ketiga. Di dalam Perang Unta, suatu pertempuran melawan Ali, khalifah yang keempat, pasukan Aisyah kalah dan ia terus mundur ke Madinah di bawah perlindungan pengawal yang diberikan oleh khalifah sendiri. Beberapa orang sejarawan yang menaruh minat terhadap peristiwa itu, baik yang Muslim maupun yang bukan, memberikan kritik kepada Aisyah dalam pertempuran melawan Ali. Tetapi tidak seorang pun yang meragukan kesungguhan hati dan keyakinan Aisyah untuk menuntut balas bagi darah Usman. (Rujuk tentang fitnah besar dalam sejarah Islam)
Aisyah menyaksikan berbagai perubahan yang dialami oleh Islam selama tiga puluh tahun kekuasaan khalifah yang soleh. Ia meninggal dunia tahun 678 Masehi. Ketika itu kekuasaan berada di tangan Muawiyah. Penguasa ini amat takut kepada Aisyah dengan kritik-kritiknya yang pedas berkenaan dengan negara Islam yang politiknya sedang berubah itu. Ibu Utama agama Islam ini terkenal dengan bermacam ragam sifatnya kesolehannya, umurnya, kebijaksanaannya, kesederhanaannya, kemurahan hatinya, dan kesungguhan hatinya untuk menjaga kemurnian riwayat sunnah Nabi. Kesederhanaan dan kesopanannya segera menjadi obor penyuluh bagi wanita Islam sejak waktu itu juga. Ia menghuni ruangan yang berukuran kurang dari 12 X 12 kaki bersama-sama dengan Nabi. Ruangan itu beratap rendah, terbuat dari batang dan daun kurma, diplester dengan lumpur. Pintunya cuma satu, itu pun tanpa daun pintu, dan hanya ditutup dengan secarik kain yang digantungkan di atasnya.
Selama masa hidup Nabi, jarang Aisyah tidak kekurangan makan. Pada malam hari ketika Nabi mengembuskan nafasnya yang terakhir, Aisyah tidak mempunyai minyak. Waktu Khalifah Umar berkuasa, isteri dan beberapa sahabat Nabi mendapatkan tanggungan yang cukup besar setiap bulan. Aisyah jarang menyimpan wang atau pemberian yang diterimanya sampai keesokan harinya, kerana semuanya itu segera dibagikan kepada orang-orang yang memerlukannya. Pada suatu hari di bulan Ramadhan, waktu Abdullah ibn Zubair menyerahkan sekantung wang berjumlah satu lakh dirham, Aisyah membahagikan wang itu sebelum waktu berbuka puasa. 

Aisyah pada zamannya terkenal sebagai orator. Pengabdiannya kepada masyarakat, dan usahanya untuk mengembangkan pengetahuan orang tentang sunnah dan fiqh, tidak ada tandingannya di dalam catatan sejarah Islam. Jika orang menemukan persoalan mengenai sunnah dan fiqh yang sukar untuk dipecahkan, soal itu akhirnya dibawa kepada Aisyah, dan kata kata Aisyah menjadi keputusan terakhir. Bersama Ali, Abdullah ibn Abbas dengan Abdullah ibn Umar, Aisyah juga termasuk kelompok intelektual di tahun-tahun pertama Islam. 

Ibu Agung Agama Islam ini mengembuskan napas yang terakhir 17 Ramadhan, 58 Hijriah (13 Juli, 678 Masehi). Kematiannya menimbulkan rasa duka terutama di Madinah dan di seluruh dunia Islam. Aisyah rha. bersama Khadijah rha. dan Fathima az-Zahra rha dianggap sebagai wanita yang paling menonjol di kalangan wanita Islam. Kebanyakan para ulama menempatkan Fathimah rha. di tangga teratas, diikuti oleh Khadijah rha, dengan Aisyah rha sebagai yang terakhir. Tapi ulama ibn Hazim malah menempatkan Aisyah rha. nomor dua sesudah Nabi Muhammad SAW, di atas semua isteri, sahabat, dan rakan-rakannya.
Menurut ibn Taimiyah, Fathimahlah yang berada di tempat teratas, karena ia itu anak tersayang Nabi, Khadijah itu agung kerana dialah orang pertama yang memeluk agama Islam. Tetapi, tidak seorang pun yang menandingi Aisyah mengenai peranannya dalam menyebarluaskan ajaran Nabi.

(sumber: http://malaykarkun.blogspot.com)
 

Wanita Solehah

 Rasulullah SAW, bersabda 

“Dunia adalah kesenangan sementara. Dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita (isteri) solehah.”
(HR.Muslim)

Wanita Solehah adalah pilihan Allah di dunia ini. Sifat-sifat mereka telah dipuji oleh Allah di dalam firman-Nya. 

“Sesungguhnya lelaki dan wanita yang muslim, lelaki dan wanita yang mukmin, lelaki dan wanita yang taat, lelaki dan wanita yang khusyu’, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanitayang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak meyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”
(Al-Ahzab:35)

Rasulullah SAW. bersabda, 

“Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan masuk syurga sebelum orang yang terbaik di kalangan lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suaminya diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil. Mereka seperti batu permata yang berkilauan.”
(Abu Syaikh)

Wanita solehah adalah anugerah yang luar biasa dari Allah. Rasulullah SAW. bersabda, 

“Diantara kebahagiaan anak adam, terdapat di dalam tiga hal, iaitu: wanita yang solehah, rumah yang baik dan kendaraan yang baik.”
(Ahmad). 

Sabda baginda yang lainnya, 

“Barang siapa diberi rezeki oleh Allah seorang wanita yang solehah, maka Allah telah menolong separuh imannya. Kerananya bertakwalah kepada Allah untuk separuh yang lainnya.”
(Thabrani, Hakim)

Demikian mulia seorang wanita solehah sehingga Abu Sulaiman Ad-Darani RA berpendapat, 

“Isteri yang solehah bukan termasuk dunia kerana isteri itu menjadikanmu tempat (beramal demi) akhirat”.
 
Dan Muhammad bin Kaab berkata mengenai firman Allah, 

“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia.” 
(Al-Baqarah:201), 

bahwa itu adalah istri yang solehah.


Imam Dailami RA meriwayatkan bahwa wanita solehah akan di sebut-sebut oleh ahli langit sebagai ’syahidah’. Dan mereka sangat dirindukan oleh penduduk bumi dan langit. Bahkan ikan2 di lautan pun dengan senang hati mendoakan rahmat dan magfirah bagi mereka.

(sumber: http://malaykarkun.blogspot.com)

Rabu, 6 Julai 2011

Ummu Sulaim Binti Miham R.A

Ummu Sulaim Binti Miham R.A


Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud


“Ketika aku masuk ke dalam syurga aku mendengar suara langkah seseorang. Lalu aku berkata : “Siapakah gerangan orang ini? “ mereka menjawab : ini adalah suara langkah Gumaisha binti Milham Ummu Anas Ibnu Malik “. Rasulullah bersabda lagi yg bermaksud : “ aku sangat menyayanginya, saudara lelakinya telah terbunuh mati syahid bersamaku”. 


Sahabiah itu dalam  sejarah hidupnya ini adalah salah seorang dari sekelompok kecil wanita yg telah memiliki kebenaran di sebalik penjuru dan memiliki catatan amal soleh yg banyak. Para ahli riwayat hadith telah bermuafakat kalau sahabat ini memiliki kuniyah ; Ummu Sulaim. Tetapi mereka berbeza pendapat dalam laqab, samaada Gumaisya, atau Rumaisya. Adapun yg lain mengatakan Unaifah, dan yg lainnya mengatakan Rumaithah.


Ummu Sulaim adalah ibunda dari seorang sahabat yg bernama Anas Ibnu Malik, pembantu Rasulullah S.A.W. Ummu Sulaim telah memeluk agama Islam tatkala Rasulullah S.A.W masih menetap di Makkah. Ia juga ikut membait Rasulullah S.A.W ketika baru tiba di Madinah. Masuknya Ummu Sulaim dalam agama Islam adalah sebuah pukulan dan paksaan terhadap suaminya Malik Ibn Nadhr yg tidak menghadiri pembaiahan terhadap Rasulullah. Suaminya berkata : “apakah engkau telah menjadi gila?” Ummu Sulaim menjawab : “aku tidak gila tapi aku telah beriman”.
Pada ketika itu juga Ummu Sulaim mengajari anaknya Anas Ibn Malik. Ia berkata : “ucapkanlah ya Anas : La ilaha illa Allah wa Asyhadu anna Muhammadun Rasulullah”. Anas Ibn Malik mengikuti segala arahan ibunya. Hal ini telah menyebabkan suaminya marah terhadapnya. Suaminya berkata : “ janganlah engkau merosakkan masa depan puteraku ini”. Lalu Ummu Sulaim menjawab : “aku tidak merosakkannya”.
Ketika Malik Ibn Nadhr telah putus asa menghadapi sikap Ummu Sulaim yg kukuh untuk memeluk Islam, ia memutuskan untuk meninggalkan Ummu Sulaim dan pergi ke bandar Syam. Apabila Ia tiba, Malik Ibn Nadhr telah dibunuh oleh musuhnya. Ketika khabar meninggalnya Malik Ibn Nadhr meninggal dunia sampai ke Ummu Sulaim berkata : “Sumpah, saya akan menyusukan Anas Ibn Malik sampai dia memutuskan untuk berhenti sendiri dan saya tidak akan berkahwin lagi sehinggan Anas memerintahkannya”.


Ketika Anas Ibn Malik mulai dewasa, datanglah Abu Thalhah al-Anshar untuk melamar Ummu Sulaim. Ketika itu Abu Thalhah masih dalam keadaan musyrik. Ummu Sulaim menolak lamaran Abu Thalhah. Ketika Abu Thalhah datang untuk kedua kalinya, Ummu Sulaim memperhatikan wajah Abu Thalhah, Ummu Sulaim ingin melihat kalau wajahnya memancarkan kebaikan. Ummu Sulaim berkata : “sesungguhnya tidak layak bagiku untuk berkahwin dengan seorang Musyrik. Wahai Abu Thalhah, tidakkah engkau ketahui kalau tuhan-tuhan kamu itu adalah hasil ukiran dan tempahan seseorang, dan apabila kamu semua menyalakan api disekitarnya, nescaya tuhan-tuhan tersebut akan hangus terbakar. Apakah tuhan-tuhan tersebut akan memberim sebarang faedah?”.


Ummu Sulaim selalu mengulangi jawapan seperti ini setiap kali ditanya oleh Abu Thalhah. Ketika Abu Thalhah pulang, jawapan-jawapan Ummu Sulaim telah mempengaruhi jiwanya. Akhirnya, dia mendapat petunjuk untuk masuk Islam. Dia kembali datang kepada Ummu Sulaim, dan berkata kepadanya : “semua yg telah engkau ucapkan meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwaku”. Abu Thalhah mengisytiharkan keislamannya dihadapan Ummu Sulaim. Ummu Sulaim berkata : “saya terima lamaranmu dan saya tidak meminta mahar kecuali engkau masuk Islam”.


Ummu Sulaim telah sampai pada tigkatan yang sangat tinggi dalam hal kesabaran, kekuatan iman, keyakinan dan bertawakal kepada ALLAH SWT. Sebagai buktinya apa yg diceritakan oleh anaknya, Anas Ibn Malik sabagai berikut : “saya memiliki saudara lelaki ; Abu Umair. Rasulullah SAW memberikannya kuniyah Abu Umair. Suatu hari, Rasulullah menciumnya dan berkata kepadanya : “Ya Abu Umair, apa yg dilakukan oleh Nughair?”.


Suatu ketika, Abu Umair ditimpa sakit manakala Abu Thalhah tidak berada dirumah ketika itu. Ajal telah menjemput anak tersebut (Abu Umair). Ummu Sulaim berkata, “Jangan kamu khabarkan perkara kepergian Abu Umair ini kepada ayahmu”. Abu Thalhah pulang kerumah, sementara Ummu Sulaim menyambutnya dengan mesra seolah-olah tiada perkara yang berlaku pada hati itu. Abu Thalhah bertanya; “apa yg dikerjakan Abu Umair hari ini”. Ummu Sulaim menjawab, “dia baik-baik sahaja seperti biasa”.


Mereka berdua melewati malam tersebut dgn penuh kebahagiaan sebagaimana halnya sepasang suami isteri. Ummu Sulaim berkata kepada Suaminya; “Ya Abu Thalhah, bagaimana pendapatmu apabila salah satu keluarga diberikan pinjaman, kemuduan mereka menikmati pinjaman itu, dan tatkala mereka diminta untuk memulangkan pinjaman tersebut mereka keberatan untuk mengembalikannya.” Abu Thalhah menjawab; “ keluarga tersebut telah berlaku curang dan tidak adil”. Ummu Sulaim berkata; “Sesungguhnya, puteramu, Abu Umair, adalah titipan dari Allah dan Allah telah mengambil kembali pinjaman tersebut kehadapan-NYA”. Abu Thalhah mengucapkan : “Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiu’n” dan dia bertahmid kpd ALLAH.


Kemudian Abu Thalhah berkata ; “demi ALLAH, aku tidak akan membiarkanmu, wahai Ummu Sulaim untuk mengungguliku dalam hal bersabar”.  Keesokan harinya, Abu Thalhah datang kepada Rasulullah. Ketika Rasulullah melihatnya, beliau bersabda : “semoga ALLAH memberkati malam kamu berdua”. Tidak lama sesudah kejadian itu, Ummu Sulaim mengandung anak Abu Thalhah lagi. Sesudah ia melahirkan bayi tersebut, Rasulullah memeluk bayi itu dan memberi nama Abdullah.


Begitulah serba sedikit kisah sahabat wanita ini yg seluruh hidupnya hanya disandarkan kepada ALLAH. Yang boleh mengungguli sifat sabar dalam diri, bertawakal setiap saat, keimanan yg teguh dan kekuatan hati yg mantap. Semoga dengan kisah ini dapat memberikan sedikit sebanyak anjakan muhasabah diri untuk kita sama-sama memperbaiki diri dalam mencari kehidupan didasari rasa bertuhan… Dan semoga juga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain.
InshaALLAH.

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.”
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.”
(Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” 
(Riwayat al-Tabrani)
Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?

Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab 
“anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung

“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”
(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.


Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di Bulan Ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”
(riwayat Al Bazzar)